Friday, July 22, 2011

Perhimpunan Bersih ~ 9 Julai 2011

Salam sejahtera n Salam 1 Malaysia...
Semalam semasa kitaorang 1 family tengah syok dinner kat rumah sambil menonton berita utama tv 3...macam-macam topik yang dibincangkan di meja makan..hahaha..semua yang ada masa tu kakitangan kerajaan..so, memasing la menyuarakan cerita masing-masing..



Bermula dengan cerita kes kematian Teoh Beng Hock....yang diklasifikasikan dalam laporan siasatan sebagai kes bunuh diri kerana tertekan dengan soal siasat yang dijalankan SPRM ke atasnya...pagi tadi buka berita harian..ahli keluarganya pula tak dapat menerima kenyataan yang beliau memburu diri...macam-macam la cerita yang timbul...tujuan utama entry kali ni bukanlah kes kematian Teo Beng Hock tp pasal Perhimpunan Bersih yang telah diadakan pada 9 Julai 2011 yang lepas..Walaupun dah lama berlalu tapi media massa masih lagi menimbulkan isu Perhimpunan Bersih ini...


Bukan nak mengata kita ni rakyat yang tak ambil perhatian tentang perkembangan semasa tanah tumpah air kita..tapi cuma kita kadang-kadang kurang jelas dengan apa yang berlaku..semalam saya sempat bertanya kepada abang apa sebenarnya tujuan Perhimpunan Bersih ini diadakan...adakah berkaitan dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ...??abang jenis manusia yang tidak suka memberi jawapan mudah sahaja terus menyuruh mencari sendiri tujuan dan polisi Bersih di dalam google...memang nampak benar saya ni rupa orang yang tak ambil kisah mengenai apa yang berlaku di mata abg..huhuhu..bukan tak ambil kisah..cuma kurang jelas...ayat skema yang dibaca di dada akhbar kadang-kadang memeningkan kepala otak dan terus membatalkan niat ingin mengetahui berita dalam negara....


Oleh itu, kesempatan yang ada di pejabat..saya sempat membelek sedikit demi sedikit mengenai latar belakang Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011..Jom kita sama-sama menghayati nya...Yeah!


Latar belakang....

Parti perikatan pemerintah di Malaysia, Barisan Nasional (BN), yang terdiri daripada pelbagai parti yang mewakili kaum-kaum utama di Malaysia, telah menang setiap pilihan raya umum yang diadakan sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Parti-parti pembangkang serta pertubuhan awam telah lama mendakwa dengan mengatakan BN telah memanipulasikan keputusan pilihan raya supaya berpihak kepadanya.

Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Mohamad Sabu berkata terdapat "kebimbangan" mengenai bagaimana pilihan raya umum akan datang bakal dijalankan. Dia menuduh kononnya BN menggunakan taktik kotor, termasuklah mendaftarkan pendatang asing sebagai pengundi BN. Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) "telah menyalahgunakan kuasa," serta mendakwa terdapat "salah guna media yang berleluasa".
Ahli Parlimen Parti Tindakan Rakyat (DAP) Teresa Kok menuduh kononnya BN "menyempadankan semula" serta "mengagihkan" kawasan pilihan raya. Dia juga telah menunjukkan bagaimana bahagian kerusi parti pembangkang di parlimen adalah lebih daripada sepuluh peratus kurang daripada bahagian undi popular.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa BN sepatutnya akan hilang kuasa jika pilihan raya dijalankan dengan bebas dan adil. Pertubuhan awam Aliran mendakwa terdapat "kekangan besar terhadap kebebasan berpolitik" bagi ahli-ahli politik pembangkang di Malaysia. Ia mengetengahkan masalah struktur seperti capaian kepada media yang minima, notis tarikh pilihan raya yang terlalu singkat, serta tempoh berkempen yang terlalu pendek.Kumpulan hak asasi manusia SUARAM juga mendakwa berlaku salah guna oleh parti pemerintah seperti persempadanan semula kawasan pilihan raya, menggunakan wang rakyat untuk projek-projek bagi memenangi sokongan politik, serta pengiraan undi pos yang "tidak dipantau".
Cawangan Malaysia bagi Transparency International mengkritik kedua-dua BN dan parti-parti pembangkang, bersuara bagi menentang ganjaran kewangan yang dijanjikan oleh parti-parti politik kepada pengundi semasa berkempen, dengan mengatakan bahawa amalan tersebut sebagai "pembelian undi", "politik wang" dan "rasuah".
Kedua-dua Suruhanjaya Pilihan Raya serta BN menafikan segala tuduhan salah guna kuasa.



Rata-rata yang menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai 2011 mengunakan baju kuning.

Demonstrasi jalanan jarang diadakan di Malaysia, tetapi suara rakyat semakin menonjol sejak akhir-akhir ini berikutan peningkatan penggunaan media alternatif serta kebangkitan semula pembangkang. Perhimpunan di Malaysia yang dianggotai lima orang atau lebih diwajibkan memohon permit polis yang jarang sekali diluluskan. Kerajaan telah mengerah sebegitu ramai anggota polis untuk menyekat perhimpunan di samping menahan pemimpin penunjuk perasaan untuk menghentikan perhimpunan haram. Bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau sanggup mengorbankan kebebasan rakyat demi kestabilan negara. Empat tunjuk perasaan pada tahun 2007 berakhir dengan tangkapan oleh pihak polis. Satu tunjuk perasaan pada tahun 2009 yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri juga disuraikan oleh gas pemedih mata dan tembakan meriam air.




8 matlamat / tujuan Perhimpunan Bersih diadakan.

Matlamat Bersih 9 Julai 2011...
Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan bahawa matlamat utama Bersih 2.0 ialah agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih. Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai. Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya. SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi. Mereka juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.
Matlamat ini telah dicetak pada baju T berwarna kuning yang perlu dipakai oleh semua peserta perhimpunan.

Naa...sekarang baru jelas kenapa Perhimpunan Bersih diadakan...Tepuk dada tanya selera..Masing-masing mempunyai pendapat masing-masing yang sukar disangkal...Apa yang penting jalankanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia..SALAM 1 MALAYSIA...:)



No comments:

Post a Comment