Tuesday, August 16, 2011

HERE ARE A FEW REASONS WHY U SHOULD FALL IN LOVE...


1. FOR FALLING OUT OF LOVE
2.  BECAUSE OF THE SILLY REASONS



3.  OUT OF CURIOSITY


4.  FOR KILLING BOREDOM
5.  TO TAKE A FANCY TO OURSELVES


6. BECAUSE OF FEVER


7. FOR OUR HEALTH


8. for dads health

9. because of the UEFA Champions League

10. because godfather is always right

11. in order to survive Math


12. for easier waking up


13. for existence of  love poetry


14. for not drown in chocolate


15. because someone is waiting for you to fall in love with him

Wednesday, August 3, 2011

Cara - cara memujuk sang kumbang yang merajuk...

Helllowww....salam 1 Malaysia..X terasa masa berlalu..sekarang dah bulan 8 pula...Selamat Berpuasa bagi yang Islam.....Indahnya bulan Ramadhan ni...Terasa tenang je jiwa walaupun dugaan hidup itu x penah jemu menghadirkan diri dalam hidup kita..kerana dialah yang akan mengajar kita erti kehidupan...


Ni nak kongsi sikit tentang cara-cara nak pujuk kumbang yang merajuk pada bunganya..jom kita selongkar sikit...



1. Berikan si dia ruang untuk bersendirian



Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah berlaku.
Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu? Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.


2. Sentiasa memberikan si dia sokongan




Anda sebagai seorang pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan si dia berbuat apa yang dia inginkan.
Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah yang sedang berlaku.


3. Jangan bertanyakan tentang perasaannya




Ketika si dia sedang merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada bertanyakan apa-apa kepadanya.
Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah mengganggunya.


4. Buat sesuatu yang dapat mengembirakan hati anda




Ya, adalah lebih baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda.


SO...GUD LUCKKKK!!!

Friday, July 22, 2011

Perhimpunan Bersih ~ 9 Julai 2011

Salam sejahtera n Salam 1 Malaysia...
Semalam semasa kitaorang 1 family tengah syok dinner kat rumah sambil menonton berita utama tv 3...macam-macam topik yang dibincangkan di meja makan..hahaha..semua yang ada masa tu kakitangan kerajaan..so, memasing la menyuarakan cerita masing-masing..



Bermula dengan cerita kes kematian Teoh Beng Hock....yang diklasifikasikan dalam laporan siasatan sebagai kes bunuh diri kerana tertekan dengan soal siasat yang dijalankan SPRM ke atasnya...pagi tadi buka berita harian..ahli keluarganya pula tak dapat menerima kenyataan yang beliau memburu diri...macam-macam la cerita yang timbul...tujuan utama entry kali ni bukanlah kes kematian Teo Beng Hock tp pasal Perhimpunan Bersih yang telah diadakan pada 9 Julai 2011 yang lepas..Walaupun dah lama berlalu tapi media massa masih lagi menimbulkan isu Perhimpunan Bersih ini...


Bukan nak mengata kita ni rakyat yang tak ambil perhatian tentang perkembangan semasa tanah tumpah air kita..tapi cuma kita kadang-kadang kurang jelas dengan apa yang berlaku..semalam saya sempat bertanya kepada abang apa sebenarnya tujuan Perhimpunan Bersih ini diadakan...adakah berkaitan dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) ...??abang jenis manusia yang tidak suka memberi jawapan mudah sahaja terus menyuruh mencari sendiri tujuan dan polisi Bersih di dalam google...memang nampak benar saya ni rupa orang yang tak ambil kisah mengenai apa yang berlaku di mata abg..huhuhu..bukan tak ambil kisah..cuma kurang jelas...ayat skema yang dibaca di dada akhbar kadang-kadang memeningkan kepala otak dan terus membatalkan niat ingin mengetahui berita dalam negara....


Oleh itu, kesempatan yang ada di pejabat..saya sempat membelek sedikit demi sedikit mengenai latar belakang Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011..Jom kita sama-sama menghayati nya...Yeah!


Latar belakang....

Parti perikatan pemerintah di Malaysia, Barisan Nasional (BN), yang terdiri daripada pelbagai parti yang mewakili kaum-kaum utama di Malaysia, telah menang setiap pilihan raya umum yang diadakan sejak kemerdekaan pada tahun 1957. Parti-parti pembangkang serta pertubuhan awam telah lama mendakwa dengan mengatakan BN telah memanipulasikan keputusan pilihan raya supaya berpihak kepadanya.

Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Mohamad Sabu berkata terdapat "kebimbangan" mengenai bagaimana pilihan raya umum akan datang bakal dijalankan. Dia menuduh kononnya BN menggunakan taktik kotor, termasuklah mendaftarkan pendatang asing sebagai pengundi BN. Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) "telah menyalahgunakan kuasa," serta mendakwa terdapat "salah guna media yang berleluasa".
Ahli Parlimen Parti Tindakan Rakyat (DAP) Teresa Kok menuduh kononnya BN "menyempadankan semula" serta "mengagihkan" kawasan pilihan raya. Dia juga telah menunjukkan bagaimana bahagian kerusi parti pembangkang di parlimen adalah lebih daripada sepuluh peratus kurang daripada bahagian undi popular.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa BN sepatutnya akan hilang kuasa jika pilihan raya dijalankan dengan bebas dan adil. Pertubuhan awam Aliran mendakwa terdapat "kekangan besar terhadap kebebasan berpolitik" bagi ahli-ahli politik pembangkang di Malaysia. Ia mengetengahkan masalah struktur seperti capaian kepada media yang minima, notis tarikh pilihan raya yang terlalu singkat, serta tempoh berkempen yang terlalu pendek.Kumpulan hak asasi manusia SUARAM juga mendakwa berlaku salah guna oleh parti pemerintah seperti persempadanan semula kawasan pilihan raya, menggunakan wang rakyat untuk projek-projek bagi memenangi sokongan politik, serta pengiraan undi pos yang "tidak dipantau".
Cawangan Malaysia bagi Transparency International mengkritik kedua-dua BN dan parti-parti pembangkang, bersuara bagi menentang ganjaran kewangan yang dijanjikan oleh parti-parti politik kepada pengundi semasa berkempen, dengan mengatakan bahawa amalan tersebut sebagai "pembelian undi", "politik wang" dan "rasuah".
Kedua-dua Suruhanjaya Pilihan Raya serta BN menafikan segala tuduhan salah guna kuasa.



Rata-rata yang menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai 2011 mengunakan baju kuning.

Demonstrasi jalanan jarang diadakan di Malaysia, tetapi suara rakyat semakin menonjol sejak akhir-akhir ini berikutan peningkatan penggunaan media alternatif serta kebangkitan semula pembangkang. Perhimpunan di Malaysia yang dianggotai lima orang atau lebih diwajibkan memohon permit polis yang jarang sekali diluluskan. Kerajaan telah mengerah sebegitu ramai anggota polis untuk menyekat perhimpunan di samping menahan pemimpin penunjuk perasaan untuk menghentikan perhimpunan haram. Bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau sanggup mengorbankan kebebasan rakyat demi kestabilan negara. Empat tunjuk perasaan pada tahun 2007 berakhir dengan tangkapan oleh pihak polis. Satu tunjuk perasaan pada tahun 2009 yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri juga disuraikan oleh gas pemedih mata dan tembakan meriam air.




8 matlamat / tujuan Perhimpunan Bersih diadakan.

Matlamat Bersih 9 Julai 2011...
Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan bahawa matlamat utama Bersih 2.0 ialah agar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih. Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai. Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya. SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi. Mereka juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.
Matlamat ini telah dicetak pada baju T berwarna kuning yang perlu dipakai oleh semua peserta perhimpunan.

Naa...sekarang baru jelas kenapa Perhimpunan Bersih diadakan...Tepuk dada tanya selera..Masing-masing mempunyai pendapat masing-masing yang sukar disangkal...Apa yang penting jalankanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia..SALAM 1 MALAYSIA...:)



Tuesday, July 5, 2011

Lagu Pokok by Hazama & MUH~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Menyusur di kaki lima terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai  luruh
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana..
Nanana.. nananana.. na…
Kau masih ada...
Kau masih adaa… 

Tanya sama pokok…



Really love this song..kalau dihayati memang dalam makna lagu ni...i loike :)

Monday, July 4, 2011

It's Known As A Life~~

Kata - kata di atas memberi seribu satu makna yang amat mendalam...Hidup...semua orang hidup dan mempunyai kehidupan masing-masing...Terlalu banyak yang ingin diceritakan namun lidah terkelu...tangan terkaku..hahaha..mcm zombie daaa....

Terlalu banyak yang aku impikan...keinginan meneruskan lagi pengajian ku semakin membuak-buak..kadang-kadang aku tertanya...tercapaikah cita-cita ku ini...??sempat aku meraih kejayaan yang aku impikan...??ramai yang cakap aku muda lagi..apa nak risau....mahunya x risau..buatnya aku kahwin awal...pastu suami x benarkan aku sambung study lagi syahdu aku...huhuhu...wah tingginya imanginasi..sampai nak kahwin-kahwin...cakap je gatal..hahaha..

Cakap pasal kahwin ni..kadang-kadang ia x semudah yang kita sangkakan..x membahagiakan sangat seperti yang kita bayangkan..i had read a blog about married...n it truly make me think 100 times about married....
Abaikanla cerita kahwin ni..sampai jodoh nanti kahwin la nanti...apa nak care...semua dah tertulis...just wait n see saja...

Tak lama lagi our office going to move to Putrajaya...dalam hati melompat-lompat2 sebab dekat la dengan rumah abang...walaupun dah plan nak stay rumah sewa with officemate..tapi xpa..every weekend boleh jumpa mum..x jauh la...aku ambil keputusan stay kat rumah sewa pun sebab want more privacy n freedom...yessss...!!freedom in life is more important..kalau x...jadi la macam yang selalu keluar news tu.."budak sekolah menengah bunuh diri sebab dikongkong"....no..no..no...itu tidak bagus...actually bukan terdesak sangat nak freedom..just want more social life n spending time with friends...before this i relized than  i had wasted more my life time lepak dalam bilik ja...ermm..sebab someone melarang..but now..i'm free to hang outs with friends n family..say bye-bye to boring life in the room with a lot of imagination.so, start by next month weekdays for friends..weekends for family...ok la tu...better than never...:) hope everything will change n life is more better than past time...

Tuesday, February 1, 2011

Zaman Silam Tinggal Kenangan...

Saat aku mencoretkan topik ini..kedengaran bunyi paluan gendang yang dimainkan oleh penari-penari tarian cina..haha..esok akan menjelangnya tahun baru cina...x sahlah jika tidak kedengaran bunyi mercun..bunga api...tarian cina..malah jeritan penjual2 limau mandarin pun akan kedengaran di pasar2 ....

sebelum aku beradu untuk melelapkan mata semalam....kengantukkan aku terganggu dek lagu di radio yang berdendang di telefon bimbit mak aku...malam tadi dan malam seterusnya dia akan menumpang di bilik aku memandangkan ada tetamu yang berkunjung dan menginap di rumah aku...eh, bukan rumah aku tp rumah sewa aku...
bila aku dengar lagu-lagu yang berkumandang di sinar.fm..fikiran aku melayang-layang kembali ke zaman - zaman kebahagiaan kanak-kanak...lagu yang dimainkan pun semua nya yang tengah popular tyme aku kecik2 dulu...

teringat kembali saat - saat di kampung...saat-saat aku keluar bermain dengan gembira tanpa perlu memikirkan apa-apa masalah pun...alangkah seronoknya kalau masa itu boleh diputar balik...pasti aku akan memperbaiki semua kesilapan yang penah aku lakukan...

teringat juga saat aku gembira tertawa bersama rakan-rakan apabila mengambil upah menuai padi orang kampung di kampung aku ....seronok walaupun penat..masa tu zaman kanak-kanak aku dipenuhi dengan pengorbanan..bukan seperti zaman sekarang...umo baru 7 - 8 tahun dah ade handset sendiri..aku zaman umo begitu handset pun aku x tau binatang apa...ni kan pula benda2 dalam internet...computer pun x reti mcm mana nak on..sungguh kuno la aku zaman-zaman dulu..yang aku kenal pun..guli, layang-layang, ketingting, main getah..jauh sekali alat2 permainan canggih seperti PS2 , kereta kawalan jauh, patung2 yang boleh bergerak sendiri...emmmmm...aku kenal computer pun dah masuk tingkatan 3..tu pun nasib baik diadakan kelas computer tanpa yuran kat daerah aku...bila dikenang balik saat-saat dalam kelas tu terasa lucu pula...

masa tu baru terfikir betapa kecilnya dunia nie..bila bertemu balik dengan mamat yang diminati masa zaman sekolah rendah lagi...aduyaiii...yang paling mengejutkan aku pula x ingat sape die..patutla bila aku perkenalkan diri aku die asyik senyum2 pandang2 sengih2....tup2 tiba giliran dia...bila dia memulakan bicara...
"nama saya thomas, saya berasal dari kampung Lanchang dan bersekolah di SMK Taee"
otak aku terus lingat berfikir..uitttt..mcm kenal je nama....walaupun masa itu aku langsung tidak memandang tuan punya diri..tp otak aku ligat berfikir....
sampai la satu tahap otak aku dah berjaya memproses kesemua kemasukan data-data memory2 lama..
baru aku teringat aku pernah gatal tangan mencoretkan surat pada dia..
terus aku memandang tepat ke arah mamat tu..dah mamat tu siap hadiahkan senyuman manis pulak....adoyaiiii..mane aku nak sorok muka..aku tau mesti dia tau aku la manusia kecik yang mencoretkan surat pada dia suatu ketika dulu...yang dia xpenah balas pun sampai  bila2....
masa tu aku rasa nak kecilkan diri supaya aku muat untuk bersembunyi di celah2 key board tu..
berkali-kali aku mengutuk diri aku bagaimana la aku nie bebal sangat sehingga boleh lupakan muka dia yang cun tu..iksh...patutla masa aku menjenguk dalam bilik computer tu terasa seperti ada aura yang agak pelik...
rupanya aku terjumpa orang yang aku  penah minati dulu...tyme zaman kanak-kanak..gatal kan..hahaha..
lepas kejadian tu..aku terus x datang lagi kelas computer tu...atas sebab-sebab tertentu..(malas)hehehe..

terlalu banyak la kenangan yang berlaku tanpa kita sedari masa semakin berlalu dengan begitu pantas..
bila diimbas kembali terasa terlalu banyak perkara yang kita tempuhi..x kirala sedih ke..gembira ke..marah ke..gila2 ke...semua nya penah dirasai....semua itu mengajar kita menjadi lebih dewasa , lebih matang.....

jika anda mempunyai masa ambillah masa sedikit untuk menghilangkan stress yang sedang berumah tangga di otak kita nie...dengan mengimbas kembali kenangan lama...mungkin boleh dimulakan dengan saat-saat pertama kita menjejak kaki ke alam tadika..mesti banyak kisah2 yang lucu...kemudian diikuti zaman sekolah rendah...sehinggalah ke tahap yang kita telah capai kini....

Masing - masing mempunyai cerita sendiri...itu lah yang kita sedang nikmati di dunia sementara menunggu keindahan di syurga......

Saturday, January 29, 2011

Buat Pertama kalinya...

Buat pertama kali membuat blog...x terfikir pun akan terciptanya blog "NIKMATNYA DUNIA INDAHNYA SYURGA"....Bila mendengar kengkawan mencipta blog masing-masing..dalam hati berkata-kata..."perlukah ada blog sendiri?banyaknya masa mereka sehingga mampu mencipta blog...sedangkah aku...??sentiasa terkejar-kejar dengan masa..mengapa...??adakah aku pandai membahagi masa...?sedangkan semua manusia diberi 24 jam sehari...x lebih x kurang..kenapa masih ada yang merasakan masa itu tidak mencukupi...??"

Terlalu banyak persoalan yang timbul tentang dunia inai sehinggalah aku menemui sebuah blog yang cukup menarik perhatian..x perlulah aku ungkapkan blog siapa..jika sebelum ini aku cuma menjelajah blog orang lain...hanya untuk mencari secebis ilmu dari alam maya ini...namun kini aku mencipta blog ini dengan keinginan untuk berkongsi tentang dunia...tentang syurga..??biarlah ilmu itu aku salurkan dari punca yang sahih..kerana aku bukan insan yang cukup sempurna untuk mengungkap bagaimana rupa syurga itu..cuma yang aku dan semua insan sedia maklum..syurga itu cukup indah dan sukar diungkapkan dengan kata-kata...cukuplah aku sifatkan "INDAHNYA SYURGA"...
Tentang dunia....terlalu banyak yang ingin diketahui..ingin diperkatakan..ingin dijelajahi..cuma kudrat penentu segala...buat masa ini biarlah setakat ini dulu..kerana fone sony aku yang comel telah mendendangkan lagu Body Languace..haha.
Andai masih ada yang kurang..pimpinlah aku dalam dunia blogger nie....(^__^)